Kelas Asas Adobe Photoshop

27 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Adobe Photoshop ini bertujuan memberi pengenalan awal asas penyuntingan kepada peserta serta kelebihan yang terdapat di dalam Adobe Photoshop ini.

Kelas asas adobe photoshop ini telah diadakan di Bilik Latihan Pejabat Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd, UTC Kota Bharu anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) serta kerjasama Pusat Internet Kg Chengal. Tenaga pengajar Encik Ilham merupakan pengurus Pusat Internet Kg chengal, dijemput secara rasminya bagi mengendalikan kelas yang berkaitan modul Adobe Photoshop ini dari jam 8.00 pagi hingga 5 Petang.

Para peserta berjaya mengikut modul yang telah disediakan secara amali dan latihan praktikal menggunakan software Adobe Photoshop dengan menghasilkan sepanduk, rekaan flyers dan sebagainya.

Semoga kelas asas Adobe Photoshop ini, dapat memberi manfaat dan membantu peserta dalam penyuntingan yang lebih baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas